HALAL !!! TANGGUNGJAWAP MILIK SIAPA?



Isu halal tiada penghujung, banyak orang memperkatakan tentang halal tanpa dilihat terhadap latarbelakang seseorang hatta yang  bersifat kepada agamawan hingga yang sebalik dari itu. Suatu perkara yang positif apabila dilihat akan perkembangan dan kecenderungan ini kepada masyarakat sekarang kearah berbicara tentang sensetifviti permakanan halal semasa. Kerana masyarakat telah sedar akan permakanan dan pemilikan bahan yang bersumberkan dari yang halal didalam kehidupan mereka. Ini semuanya hak-hak dan tanggawap peribadi manusia sendiri memilih kepada yang lebih selamat dan mempunyai jaminan apabila mencari  halalan toyyiban. Ini bertetapan dengan firman Allah Ta’ala didalam surah  al-Baqarah ayat 168 bagi menyuruh manusia mencari rezeki dan makanan yang halal lagi baik berbunyi :



Tafsirnya: “Wahai manusia! Makanlah sebahagian dari makanan yang ada di bumi ini, yang halal dan baik, dan janganlah kamu turuti jejak langkah syaitan, sesungguhnya syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata.”  (Surah al-Baqarah: 168)

Pada hakikatnya kita perlu lebih sedar dan mengambil berat lagi akan kepekaan terhadap isu halal masa kini. Bukan terhadap permakanan halal semata-mata apabila setelah mendapat persijilan halal tetapi lebih kepada tahap siapa yang menanggung dan mesti memikul tanggung jawap syarak  terhadap syarikat pengeluar barangan halal sedangkan owner dan majoriti karyawan di dalamnya adalah bukan muslim?  

Kita telah mengetahui hakikat ini, tentang siapa yang mengeluarkan dan majoriti memproduksikan produk bahan makanan pada masa kini, sedangkan orang bukan islam tiada tangungjawap syarak terhadap hal demikian. Ini kerana tiada ikatan akidah dan tauhid yang menjadikan titik perbezaan hak taklif yang dipikul. Bahkan seseorang yang bertangung jawab terhadap syarak ini haruslah orang-orang  yang mengetahui tentang hukum hakam halal dan haram yang merangkumi pelbagai aspek fasal-fasal prinsip ilmu agama dan ilmu yang terkait dengannya, namun bukan sewenang-wenangnya kita menjuruskan istilahan taklif syarak ini kepada sesiapa sahaja yang dimahukan dan dipikulkan tanpa melihat akan keahliannya. Seumpama diibaratkan “kita memberi bahan besi logam kepada petani  untuk menghasilkan pedang” namun tentu sahaja besi yang dihasilkan tidak akan membuahkan pedang kerana bukan keahliannya si petani maka ia menjadi suatu yang biasa bukan yang luar biasa bersifat keahlian professionalisme. Begitu juga sangat kritikal di dalam urusan agama melibatkan suatu jatuh halal dan haram, maka pemikul taklif syarak yang diperkatakan ini perlu dan harus memiliki cirri-ciri hal demikian dalam menanggung urusan tersebut.


Jesteru itu, kita boleh membandingkan dalam perbankan Islam, taklif syarak diletakan kepada penasihat syariah, panel syariah, jawatankuasa syariah atau eksekutif syariah yang bertanggjawap tentang perjalan kewangan, simpanan,  dan pelaburan menepati dan  tidak bercanggah dengan syarak. Jika dilihat secara perbandingan, syarikat atau industri pengeluaran barangan halal adalah sangat kritikal yang memerlukan eksekutif halal, pegawai hal ehwal islam, pegawai syariah dan panel halal yang beragama islam yang terlatih kerana melibatkan kepastian sumber bahan ramuan, penggunaan bahan bebas najis, operasi pengeluaran suci dan selamat serta mematuhi kehendak syarak.

Hal ini, harus dipandang serius oleh umat islam masa kini dan sesetengah badan-badan yg berautoriti pengesahan persijilan halal dalam melihat siapa yang bertanggung jawap memikul taklif syarak yang melibatkan urusan penjagaan, pengawasan dan pematuhan piawaiaan halal berdasarkan tulisan standard dan prosedur semata-mata, bahkan perlu kita meletakan nilai roh halal ini sendiri yang memerlukan kepada jasad yang patut di duduki pada tempatnya. Perspektif ini perlu dibezakan, jangan sampai kepada satu tahapan masa, orang bukan Islam dan orang-orang jahil urusan hukum hakam agama menilai tanggungjawap halal adalah milik mereka, tiada jurang yang membezakan mereka dengan orang islam dan orang berkeahlian itu sendiri bahkan itulah yang dilihat realitinya sedang berlaku dan mula bercambah bagaikan cendawan apabila setengah pihak yang mengklaim diri mereka orang yang mengurus dan mengendalikan urusan halal kerana mereka melihat halal itu suatu yang mendatangkan keuntungan peribadi dan kepentingan yang wujud di dalam agenda industri bayangan mereka. hakikat setiap urusan akan dipertanggungjawapkan pengadilan Allah Ta'ala . wallahu 'alam bissowab . 


Muhammad Yasir Bin Abdullah 
Syariah & Law (Hons.) (UIN SUSKA RIAU), Dip. (Syariah)(KUIS)
Halal Executive & Members Of PEHMA

0 comments:

Catat Ulasan

 

Minda Eksekutif Halal Copyright © 2011-2012 | Powered by Blogger