Pendekatan Pandangan Fiqh dan Fatwa Terhadap Hukum Kopi Luwak


Sebagaimana yang telah diterangkan sebelumnya, tentang cara petani mendapatkan kopi luwak dan selanjutnya lima asas utama cara kopi luwak itu diproses setelah ia menjadi feces (kotoran) luwak. Maka dapat kita menimbulkan persoalan dalam hal ini, iaitu Adakah biji kopi yang keluar dari perut luwak bersama kotorannya itu hukumnya halal dimakan atau diminum?. Bukankah ia telah tercampur dengan najis, yaitu feses luwak? Untuk mengkaji masalah ini, fuqaha’ telah mengkajinya ratusan tahun yang silam. Dalam menghukumi apakah kopi luwak itu halal atau haram, kajian fiqh mengawalinya dari paradigma atau sebuah pertanyaan, apakah kopi yang berada di dalam pencernaan luwak yang kemudian keluar bersama fesesnya itu najis atau mutanajjis?
Apabila biji kopi yang keluar bersama kotoran luwak itu dihukumi najis[1], kopi luwak itu jelas tidak halal dan haram di makan mahupun di minum. Namun, apabila status biji kopi yang keluar dari perut luwak itu dihukumi mutanajjis[2] (hanya bersentuhan najis), biji kopi itu dapat disucikan dengan air mutlak dan halal untuk dimakan dan minum. Tentu, setelah melalui proses dibersihkan kulitnya, digoreng, dan dilembutkan menjadi bubuk kopi.
 
4.3 Kaedah-Kaedah Fiqh Seputar Permasalahan
Ada beberapa kaedah yang kita terapkan dalam mengenai kopi luwak :
a. Asal Makanan adalah Halal
الأصل في الأشياء الإباحة
Asal hukum segala sesuatu adalah harus” (sampai ada dalil yang mengharamkan). 

Imam Syafi’i rahimahullah di dalam kitab al-Umm berkata : “Asal hukum makan­an dan minuman adalah halal kecuali apa yang diharamkan oleh Allah dalam al-Qur’an-Nya atau melalui lisan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam, kerana apa yang diharamkan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam, sama hal­nya dengan pengharaman Allah”

Demikianlah, dalam masalah ini hukum asal­nya adalah boleh dan halal sampai ada dalil yang menunjukkan keharamannya. Kita tetap dalam keyakinan ini sampai datang bukti dan dalil kuat yang dapat memalingkan kita dari kaedah asal ini, adapun sekadar keraguan maka tidak boleh.

b. Hukum itu berputar bersama sebabnya
Termasuk kaidah fiqih yang berkaitan dengan masalah ini adalah :
“Hukum itu berputar bersama sebabnya, ada dan tidaknya.”
 Dalam masalah kopi luwak, alasan bagi yang melarangnya adalah adanya najis. Namun, tat­kala najis tersebut sudah hilang dan dibersih­kan maka hukumnya pun menjadi suci.
 
c. Hukum itu tetap pada asal sebelumnya
الأصل بقاءُ ما كان على ما كان
Hukum asal mengenai sesuatu adalah tetapnya hukum sesuatu sebagaimana sedia kala

Kaedah ini menunjukan bahawa suatu perkara yang telah berada pada satu keadaan tertentu di masa sebelumnya, akan tetap seperti keadaan semula selama tidak ada dalil yang menunjukkan terhadap hukum lain. Alasan mengapa hukum pertama harus menjadikan sandaran yang pertama, kerana dasar segala sesuatu adalah tidak berubah atau tetap seperti sediakala (baqa’). Sementara kemungkinan untuk merubah dari keadaan semula adalah suatu yang baru dan bersifat spekulatif, sehingga tidak dapat dijadikan sandaran hukum. Contohnya, seorang yang ragu apakah sudah berhadas atau belum, maka yang dijadikan ukuran (mi’yar) adalah keadaan yang sebelumnya. Apabila pada keadaan sebelumnya ia belum berwudhu’, maka ia dihukumi berhadas. Tetapi apabila sebelumnya ia sudah pernah wudhu’ maka ia tetap dihukumi suci[3]

c. Istihalah
Termasuk kaidah yang sangat berkaitan erat dengan masalah ini adalah kaidah istihalah dan membersihkan benda yang terkena najis :
إِنَّ النَّجَاسَةَ إِذَا اسْتَحَالَتْ طَهُرَتْ
“Benda najis apabila dibersihkan dengan pembersih apa pun maka menjadi suci.”
Apabila tatkala biji kopi luwak yang bercampur kotoran tersebut memang sudah dibersihkan, maka ia adalah suci


4.4. Masalah-Masalah Serupa Dalam Fiqih
Sebenarnya masalah kopi luwak ini dapat kita kaji melalui pendekatan masalah-masalah yang mirip dengannya yang biasa dikenal dengan is­tilah Asybah wa Nazho’ir. Ada beberapa masalah yang dapat kita jadikan sebagai pendekatan de­ngan masalah ini, yaitu :

a. Bila haiwan mengeluarkan biji

Pendekatan yang paling mirip atau sama adalah apa yang telah dikatakan oleh para ulama fiqih yang disebutkan bahwa biji-bijian yang keluar bersama kotoran atau muntah haiwan itu dihukumi mutanajjis, dengan catatan biji-bijian itu keras, masih utuh, tidak berubah, yang indikasinya apabila biji-bijian itu ditanam, boleh tumbuh. Biji-bijian tersebut boleh menjadi suci kerana dicuci dan halal dimakan. Namun, apabila biji-bijian itu telah berubah, dihukumi najis.

Pendapat dalam kitab al-Majmu’ juz 2 halaman 573, yang menerangkan jika ada haiwan memakan biji tumbuhan kemudian dapat dikeluarkan dari perut, jika tetap keadaannya dengan sekiranya jika ditanam dapat tumbuh maka tetap suci. 

إذا أكلت البهيمة حبا وخرج من بطنها صحيحا فان كانت صلابته بقية بحيث لو زرع نبت فعينه طاهرة لكن يجب غسل ظاهره لملاقاة النجاسة لانه وان صار غذاءا لها فمما تغير إلى الفساد فصار كما لو ابتلع نواة وخرجت فان باطنها طاهر ويطهر قشرها بالغسل .... (المجموع شرع المهذب ج 2 ص 573 )
Jika ada haiwan memakan biji tumbuhan kemudian dapat dikelurkan dari perut, jika kekerasannya tetap dalam keadaan semula, dengan sekira jika ditanam dapat tumbuh maka tetap suci akan  tetapi harus disucikan bahagian luarnya kerana terkena najis…..”
2. Pendapat dalam kitab Nihayatul Muhtaj juz II halam 284 : 
 نعم لو رجع منه حب صحيح صلابته باقية بحيث لو زرع نبت كان متنجسا لا نجسا ، ويحمل كلام من أطلق نجاسته على ما إذا لم يبق فيه تلك القوة. ومن أطلق كونه متنجسا على بقائها فيه كما في نظيره من الرث ، وقياسه في البيض لو خرج منه صحيحا بعد ابتلاعه بحيث تكون فيه قوة خروج الفرخ أن يكون متنجسا لا نجسا .

Ya jika biji tersebut kembali dalam kondisi semula sekira-sekira ditanam dapat tumbuh maka statusnya adalah mutanajjis, bukan najis. Boleh difahami, pendapat yang menegaskan kenajisannya kemungkinan jika tidak dalam kondisi kuat. Sementara, pendapat yang menegaskan sebagai mutanajjis kemungkinan kerana dalam kondisi tetap; sebagaimana barang yang terkena kotoran lain. Analog dengan biji-bijian adalah pada masalah telur, jika keluar dalam kondisi  utuh setelah ditelan dengan sekira ada kekuatan untuk dapat menetas, maka hukumnya mutanajjis, bukan najis”. 

3. Pendapat dalam kitab Hasyiyah I’anatu al-Thalibin Syarh Fath al-Mu’in juz 1 halaman 82, yang menerangkan jika ada haiwan memuntahkan biji tumbuhan atau mengeluarkan melalui kotoran, jika biji tersebut keras, sekira ditanam dapat tumbuh maka statusnya adalah mutanajjis : 

 ولو راثب أو قاءت بهيمة حبا فإن كان صلبا (أي فإن كان الحب الذي راثته أو قاءته صلبا، أي جامدا صحيحا) وعبارة النهاية: نعم لو رجع منه حب صحيح صلابته باقية بحيث لو زرع نبت كان متنجسا لا نجسا ، ويحمل كلام من أطلق نجاسته على ما إذا لم يبق فيه تلك القوة. ومن أطلق كونه متنجسا على بقائها فيه كما في نظيره من الرث. اه. (قوله: ولم يبينوا) أي الفقهاء. وقوله: حكم غير الحب أي كالبيض واللوز ونحو البيض لو خرج منه صحيحا بعد ابتلاعه بحيث تكون فيه قوة خروج الفرخ أن يكون متنجسا لا نجسا. اها (حاشية إعانة الطالبين ج 1 ص82 )
Jika ada haiwan memuntahkan  biji tumbuhan atau mengeluarkannya melalui kotoran, jika biji tersebut keras, [redaksi dalam kitab Nihayah : “ ya jika biji tersebut kembali dalam kondisi semula sekira-sekira ditanam dapat tumbuh maka statusnya adalah mutanajjis, bukan najis. Boleh difahami, pendapat yang menegaskan kenajisannya kemungkinan jika tidak dalam kondisi kuat. Sementara, pendapat yang menegaskan sebagai mutanajjis kemungkinan kerana dalam kondisi tetap; sebagaimana barang yang terkena kotoran lain …..]. (perkataannya : tidak menjelaskan) maksudnya fuqaha. Dan perkataannya:  “Hukum masalah selain biji-bijian sebagaimana telur, kacang-kacangan dan buah-buahan dan sejenisnya, apabila dimuntahkan oleh haiwan atau dikeluarkan melalui kotoran, maka berkata pengarang kitab Nihayah: “Analog dengan biji-bijian, adalah pada masalah telur, jika dalam kondisi utuh setelah ditelan dengan sekira ada kekuatan untuk dapat menetas, maka hukumnya mutanajjis, bukan najis”. 

Dalam hal ini, Koordinator Tenaga Ahli LPPOM MUI, Dr Khaswar Syamsu, salah seorang pensyarah Institut Pertanian Bogor (IPB), beliau mengatakan bahawa kopi yang keluar bersama kotoran luwak itu ketika ditanam memang dapat tumbuh. Hal yang sama dinyatakan oleh salah seorang petani kopi luwak.
  
b. Telur yang masih dalam bangkai
Masalah lain yang mirip dengan permasalahan ini adalah masalah telur yang berada di bangkai ayam, apakah najis ataukah tidak, pendapat yang kuat bahwa apabila telur sudah berkulit dan terpisah maka hukumnya suci. Imam Ibnu Qudamah rahimahullah berkata :
“Apabila ada ayam mati (bangkai) dan di perut­nya ada telur yang sudah mengeras kulitnya maka (telur tersebut) hukumnya suci. Inilah pendapat Abu Hanifah dan sebagian Syafi’iyyah dan Ibnu Mundzir. Alasan kami karena telur yang sudah berkulit keras tadi terkena najis, mirip kalau sean­dainya ia jatuh pada air yang najis (lalu dibersih­kan maka jadi bersih).” - Al-Mughni 1/101.Dan  ini juga dikuatkan oleh Imam Nawawi rahimahullah dalam Majmu’ Sayrh Muhadzab 1/132.

 c. Emas yang ditelan orang
Masalah yang mirip juga dengan masalah ini adalah kalau seandainya ada seorang menelan emas atau wang logam kemudian keluar bersama kotoran. Bukankah emas atau wang logam tadi sudah dibersihkan maka ia suci.
Apabila kita telah yakin terhadap hal ini, kita dapat menjadikan jawapan itu sebagai pedoman untuk isbat al-Hukm asy-Syar’i (menetapkan hukum Islam) atau berfatwa. Kita tidak perlu lagi mengundang ahlinya. Namun, apabila kita belum yakin dengan hal tersebut, kita perlu mengundang ahlinya untuk meyakinkan. Hal ini dilakukan agar fatwa yang dikeluarkan benar-benar berdasarkan ilmu dan kebenaran. Sebagaimana komisi Fatwa Majlis Ulama’ Indonesia (MUI) bidang pangan, Obatan-obatan dan kosmetika berserta Tim LPPOM MUI memutuskan fatwa tentnag kopi luwak dengan kententuan Hukum iaitu :
  1. Kopi Luwak sebagaimana dimaksud dalam keten­tuan umum adalah mutanajjis (barang terkena najis), bukan najis.
  2. Kopi Luwak sebagaimana dimaksud dalam keten­tuan umum adalah halal setelah disucikan.
  3. Mengonsumsi Kopi Luwak sebagaimana dimaksud angka 2 hukumnya boleh.
  4. Memproduksi dan memperjualbelikan Kopi Luwak hukumnya boleh.
Maka di negara Malaysia mengambil pendekatan yang kedua iaitu membuat kajian semula status kopi luwak adakah halal atau haram, apabila setelah mengetahui keputusan fatwa Majlis Ulama’ Indonesia mengenai kopi luwak adalah halal dimakan. Melalui badan yang berwajib di Malaysia iaitu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), telah ada badan khusus yang mengkaji dan menganalisa semula yang berkaitan permasalahan hukum Islam iaitu Panel Kajian Syariah (PKS) di Bahagian Perancangan dan Penyelidikan JAKIM.
4.5. Pelaksanaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Mengenai Isu Permakanan Halal Terhadap Kopi Luwak di Malaysia.
            Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Bahagian Perancangan dan Penyelidikan telah mengadakan kajian kopi ‘luwak’ di Jakarta Indonesia. Kajian ini diketuai oleh S.S. Dato’ Hj. Hassan bin Hj. Ahmad, Mufti Negeri Pulau Pinang merangkap pengerusi Panel Kajian Syariah (PKS), Jakim. Turut serta dalam lawatan ini Prof. Madya Dr. Mahamad bin Arifin, Pensyarah UIAM merangkap ahli PKS, Ustaz Mawarzi bin Dziyauddin, Timbalan Mufti Negeri Kedah, Dato’ Hj. Fadhil bin Hj. Awang AJK Fatwa Negeri Kedah dan 3 orang kru TV ALHIJRAH[4].

            Tujuan kajian ini dijalankan adalah merujuk kepada keputusan PKS kali ke-73 supaya mengadakan kajian lanjut mengenai status kopi luwak dengan mendapatkan sampel biji kopi yang keluar bersama najis musang serta melihat secara lebih dekat proses penghasilan kopi berkenaan.

Ahli rombongan turut dibawa berkunjung ke Majelis Ulama Indonesia (MUI) untuk bertukar-tukar maklumat dalam pelbagai isu serta mendapatkan pandangan fatwa yang telah diputuskan oleh (MUI) mengenai kopi ‘luwak’. Sepanjang program lawatan kajian, delegasi rombongan Jakim turut dibantu oleh Pegawai Atase Agama, Jakarta iaitu Tuan Haji Abdul Aziz bin Jusoh. Hasil kajian yang dilakukan akan dibawa ke Mesyuarat Panel Kajian Syariah, JAKIM dan seterusnya diangkat ke Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan untuk diputuskan keputusan mengenainya.

            Menurut wawacara penulis dengan Ustaz Kamurulzaman Bin Mustaffa[5], mengenai rentetan peristiwa bagaimana Panel Kajian Syariah JAKIM membuat penyelidikan hukum kopi luwak di Indonesia adalah dari pemintaan Hub Halal JAKIM supaya bahagian Penyelidikan buat Kajian mengenai isu kopi luwak. Jadi bahagian Hub Halal memerlukan panduan dari bahagian penyelidikan Jakim mengenai status halal atau haram kopi luwak tersebut. Panel Kajian Syariah (PKS) telah mengambil sampel kopi luwak yang belum diproses sebagai kajian penyelidikan dengan meletakan beberapa ketegori penyelidikan iaitu Jabatan Kimia Malaysia, MARDI dalam memutuskan hukum di bahagian panel kajian syariah Jakim seterusnya akan di angkat ke Jawatankuasa Fatwa MKI.

 
Menurut Ustaz Kamaurulzaman lagi mengenai sampel kopi luwak yang telah di hantar di Jabatan Kimia Malaysia bagi megetahui adakah status DNA musang terdapat pada kopi luwak tersebut, menurut beliau bahawa tiada DNA musang pada kopi luwak. Dan manakala kajian penyelidikan di MARDI pula bagi mengetahui status pembenihan kopi luwak adakah tumbuh selepas di makan musang (luwak), maka menurut ustaz Kamaurulzaman bahawa kopi luwak yang di ambil sampel dari indonesia kemungkinan sudah rosak dan mati dan tidak dapat tumbuh apabila di tanam. Jadi bahagian Panel Kajian Syariah (PKS) terpaksa mencari sampel najis kotoran kopi luwak yang segar dan belum diproses bagi MARDI membuat penyelidikan dalam mengetahui status pembenihan kopi tersebut tumbuh atau tidak. Pihak panel masih menunggu keputusan pihak MARDI dalam memutuskan hukum kopi luwak. Ini sebagaimana fatwa yang telah diputuskan oleh Majlis Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Malaysia mengenai hukum Kopi Luwak [6]:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-98 yang bersidang pada 13-15 Februari 2012 telah membincangkan Hukum Meminum Kopi Luwak (Musang). Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:

Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah menegaskan bahawa Allah SWT memerintahkan umatNya supaya memilih rezeki yang halal dan memakan makan yang baik sebagaimana firman-Nya dalam Surah al-Baqarah, ayat 172 yang bermaksud:

“ Wahai orang yang beriman! Makanlah dari rezeki yang baik yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu beribadat kepada-Nya.”

Muzakarah juga berpandangan bahawa kaedah fiqhiyyah menetapkan bahawa: 
الأصل فى الأشياء الإباحة، ما لم يقم دليل معتبر على الحرمة
 iaitu "hukum asal mengenai sesuatu adalah harus selagimana tidak ada dalil muktabar yang mengharamkannya". 

Ulama’-ulama’ fiqh muktabar menjelaskan bahawa mana-mana bijian yang dimuntahkan oleh haiwan atau yang keluar bersama najis haiwan tersebut, selagi mana ianya tidak rosak dan masih kekal dalam rupa bentuknya yang asal atau jika ditanam ia mampu tumbuh, maka ia dihukumkan sebagai mutanajjis dan bukan najis.

Sehubungan itu, selaras dengan penegasan dan pandangan-pandangan tersebut, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa biji Kopi Luwak (musang) adalah bersifat mutanajjis dan ia harus dijadikan bahan minuman dengan syarat:
 
  1. biji kopi tersebut masih dalam keadaan baik, tidak berlubang, tidak pecah dan dapat tumbuh jika ditanam; dan
  2. biji kopi tersebut hendaklah disucikan terlebih dahulu daripada najis.
Muzakarah juga memutuskan supaya Kopi Luwak yang dihasilkan hendaklah mendapatkan sijil pengesahan halal daripada JAKIM atau Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) sebelum dipasarkan kepada masyarakat Islam.


[1] Segala jenis cair yang keluar dari qubul dan dubur, melainkan mani anak adam, dan mani semua jenis binatang kecuali mani anjing dan babi dan anak kedua-duanya dan kacukan binatang yang suci.
[2] Barangan atau tempat-tempat yang terkena najis sama ada najis ringan atau berat (mughallazah) dan tidak mengubah sifat atau warna atau bau barangan atau tempat itu, maka cukuplah sekadar membersihkan barangan atau tempat tersebut mengikut cara penyucian setiap najis tersebut. 
[3] Abu al-Fayd Muhammad Yasin bin Isa al-Fadani, Al-Fawaid al-Janiyah, Dar al-Fikr, Beirut, Lebonan vol 1, 1997, jilid 1. Halaman 185.
[4] http://www.islam.gov.my/
[5] Wawancara, ustaz kamurulzaman Bin Mustaffa, Penolong Pegawai di Bahagian Bahagian Perancangan dan Penyelidikan JAKIM, 11 November 2011. 
[6] http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-meminum-kopi-luwak-musang

Penulisan :
  Muhammad Yasir Bin Abdullah 
   Halal Executive (Afamosa Resort -Melaka)
   Member of  Profesyen Executive Halal Malaysia (PEHMA)

0 comments:

Catat Ulasan

 

Minda Eksekutif Halal Copyright © 2011-2012 | Powered by Blogger