Penulisan : Dr. Lokman Ab. Rahman
Ramai orang memperkatakan tentang halal tanpa mengira latarbelakang. Kecenderungan ini sesuatu yang sangat baik kerana kepentingan barangan halal berjaya dirakyatkan. Di kalangan ahli perniagaan, halal merupakan peluang pasaran untuk membuat keuntungan yang sangat besar. Para saintis pula tidak kurangnya melihatnya sesuatu penemuan kajiannya seperti melibatkan GMO, DNA, vaksin dan baka yang boleh memberi alternatif kepada produk halal. Suatu yang tidak terduga, terdapat orang bukan Islam menjadikannya peluang untuk memberi khidmat konsulatasi sama seperti dalam perbankan Islam.
Dalam konteks pensijilan, halal telah menjadi satu piawaian bagi syarikat pengeluaran barangan halal. Syarikat perlu merujuk kepada badan-badan berautoriti untuk pengesahan halal terhadap barangan yang dikeluarkan. Badan-badan ini terikat dengan standard, akta dan prosedur dalam pensjilan halal yang dilaksanakan. Ke semua ini adalah dilihat lebih utama sebagai punca kuasa.
Suatu perkara yang hampir dilupakan apabila banyak pihak tidak berminat memperkatakan tentang halal ialah hubungannya dengan akidah. Hal ini merupakan punca kuasa dalam penentuan halal-haram. Oleh itu Islam memberi batasan kekuasaan untuk menentukan halal-haram yang hanya milik mutlak Allah tanpa bersandar dan terikat apa sahaja darjat yang mentadbir dalam sesuatu urusan. Hak ini tidak dikongsi dengan mana-mana pihak atau individu. Sesiapa yang melangkaui batasan ini bermakna melanggar hak ketuhanan yang menjerumuskan ke dalam perbuatan syirik. Sebagaimana Allah bertanya kepada mereka yang mempunyai sekutu-sekutu untuk campur tangan urusan menentukan hukum hakam yang tidak diizinkan Allah (Syura, 25: 21). Kuasa ini adalah adalah sangat mudah difahami dan tidak berbelit-belit seperti akta atau mana-mana prosedur. Malah ia tidak pernah berubah dan tidak akan berubah kerana ia telah tersimpul dalam kepercayaan akidah tauhid.

Kepentingan ini seringkali yang diabaikan kerana halal dan akidah, atau halal dan tauhid tidak dapat dilihat dan tidak mungkin nampak sebagai nilai komersial. Para saintis pula mungkin sukar membawanya ke dalam makmal kajian kerana berkonsepkan ikatan kepercayaan! Sebab itu ia tidak popular diperkatakan. Pada hakikatnya sumber yang digunakan terutamanya melibatkan makanan berkaitan scara langsung dengan ikatan halal, suci dan tauhid. Contohnya ialah sumber bahan mentah yang kita gunakan untuk makanan harian. Hampir sukar setiap hari kita dapat elakkan ramuan makanan yang bebas dari sumber haiwan seperti daging, lemak haiwan, saripati minyak haiwan, gelatin dan sebagainya yang digunakan dalam masakan. Malahan bahan-bahan ini juga digunakan dalam sabun, syampo dan alat-alat solek. Makanan atau barangan ini adalah sama sekali haram diambil sekiranya cara haiwan tersebut dimatikan bukan mengikut syariah Islam, datang dari bangkai atau memang dari spesis haram seperti babi dan anjing. Untuk mengahalalkan sumber tersebut mesti disembelih dengan menyebut nama Allah dan dikendalikan secara ihsan. Kewajipan menyebut nama Allah ialah persolan tauhid dan akidah. Penyembelih tersebut pula mestilah seorang Islam adalah juga soal akidah. Dengan demikian orang musyrik, kafir dan murtad adalah tidak sah sembelihannya dan dihukumkan sebagai bangkai. Malah menurut Wahbah Zuhaili sembelihan orang fasiq adalah makruh sungguhpun penyembelih tersebut adalah seorang Islam. Begitu juga sembelihan yang melibatkan pemujaan dan niat bukan kerana Allah adalah haram dan menjadi bangkai haiwan sembelihannya.
Hubungan tauhid dan pemakanan halal telah dirakamkan dengan jelas dalam surah al-Kahfi ayat 19. Al-Quran menceritakan bahawa segolongan pemuda yang ditakdirkan tertidur selama 309 tahun ketika menyembunyikan diri untuk menyelamatkan akidah dari pemerintah yang zalim dikaitkan secara langsung dengan makanan halal. Mereka menerpa mencari makanan halal (azka toaaman) setelah terjaga dari tidur yang panjang. Al-Quran menyelitkan sikap dan pendirian golongan muda ini yang sangat prihatin terhadap makanan di celah cerita yang panjang dengan dua zaman yang berbebza yang dihadapi mereka. Bahkan hubungan akidah tidak terhad kepada persoalan makanan sahaja, malah dalam perubatan dan pengambilan ubat-ubatan sekalipun dengan tegas Rasullullah mengaharamkan sebarang penglibatan sihir, jin dan penggunaan bahan haram. Perubatan melibatkan ilmu hitam adalah syirik dan penggunaan bahan haram dalam rawatan adalah racun, bukannya ubat (Hadith riwayat Ahmad, Tirmizi dan Ibn Majah). Pada perspektif akidah Islam, Allah adalah kuasa penyembuh mutlak. Ubat, rawatan dan segala peralatan yang digunakan hanyalah sebagai ikhtiar. Oleh itu al-Quran meletakkan pengharaman arak sebaris dengan judi dan tenung nasib serta perbuatan tersebut sebagai kerja-kerja syaitan. Malangnya masih terdapat sesetangah orang menggunakan arak sebagai ubat. Pada ayat lain Allah menuntut memakan makanan halal lagi baik (toyyiba) dan tidak mengkuti langkah-langkah syaitan. Peringatan-peringatan nas hukum dalam pelbagai bentuk supaya manusia tidak tertipu dengan makhluk angkuh dan paling syirik terhadap Allah hatta melibatkan makanan dan barangan yang digunakan. Ini bermakna tunjang utama hukum halal-haram itu sendiri sarat dengan tuntutan akidah tauhid dan bebas dari sebarang unsur syirik. Bukannya sekadar merujuk kepada standard atau prosedur sebagai asas utama sebagaimana dalam pengurusan sekular moden hari ini. Begitu juga bukanlah bersandarkan penemuan sains yang sentiasa berubah-berubah dan tidak konsisten. Kesemua itu adalah sebagai alat pembantu, tetapi bukan pelengkap atau sebagai pengukur mutlak. Pengurusan kualiti moden hanya melihat kecekapan, penyelarasan, dokumentasi dan ketelusan. Dalam kamus pengurusan kualiti mereka tidak ada pengertian tauhid. Akidah dan tauhid itu tidak memberi apa-apa makna bagi mereka. Oleh sebab itulah The Codex Alimantirius Commission sebagai piwaian makanan antarabangsa di bawah WHO telah menceduk beberapa muka surat daripada panduan umum penyediaan makanan halal yang diterbitkan oleh JAKIM bagi memboleh paiwaiannya terus releven di kalangan orang Islam.
Hal ini semestinya perlu diberi perhatian serius. Ini adalah kerana kebanyakan pembekal sumber makanan dunia datang dari negara Barat dan Asia yang bukan beragama Islam. Rata-ratanya negara yang menganut agama Kristian, Budha dan Hindu dan agama-agama tersebut sebagai agama rasmi negara. Penganut Kristian hari ini agak kabur dan sukar untuk dikatogerikan sebagai Ahli Kitab. Malah terdapat Ulamak Saudi menghukum mereka musyrik. Dakwaan ulamak Saudi ada asasnya di mana menurut Abul Hassan Ali Nadawi bahawa tamadun Barat itu sendiri berakar umbi dari Greek dan Rom semenjak ribuan tahun dahulu yang menganut pemikiran dan falsafah syirik(Islam and the World). Penganut agama Buddha dan Hindu pula adalah secara terangnya adalah beragama musyrik.
Tambahan pula secara jelas al-Quran menyatakan bahawa orang musyrikin itu adalah najis (at-Taubah: 28). Pada zahir ayat ini tanpa berselindung Allah menyatakan bahawa orang musyrik itu memang najis dengan amalan hidup dan kesukaan mereka. Pencemaran berlaku yang melibatkan prinsip toharoh serta hadas seperti dibahaskan oleh ahli fiqh Islam. Tetapi ahli mufassir menghuraikan yang najis itu ialah akidahnya, bukan batang tubuhnya. Sama ada kita menerima atau menolak tafsiran ulamak tersebut, adalah jelas bahawa orang musyrik mempunyai kepercayaan dan pemikiran yang sesat, kotor dan kebendaan. Cara hidup dan makanan mereka sudah tentulah penuh dengan selera makanan dari haiwan eksotik yang menjijikan. Sebab itu al-Quran pada zahirnya menyatakan mereka itu najis. Pada logiknya, bagaimana pula pengeluar musyrik yang najis dapat membuahkan produk yang suci?
Persoalan inilah yang sering kali timbul di kalangan masyarakat Islam! Bagaimanapun persoalan ini tidak bermakna masyarakat dihalang terlibat secara langsung dengan bukan Islam dalam aktiviti ekonomi atau industri pengeluaran barangan. Apa yang diamalkan oleh Islamic Manufacturing Practice (IMP) lebih cenderung kepada kelompok masyarakat Muslim sahaja sedangkan rata-ratanya pembekal bahan mentah hari ini dimonopoli oleh orang bukan Islam. Bahkan pemilik industri pengeluar keseluruhannya di bawah penguasaan bukan Islam.Sebab itulah Sayyed Sabiq cukup prihatin terhadap keperluan orang Islam. Orang Islam mestilah terlibat secara langsung dalam pengurusan syarikat. Orang bukan Islam tidak boleh berikan tanggungjawab syarak dan tidak menaggung taklif syarak. Hal ini lebih serius lagi di sebuah negara bukan Islam dan syarikat pengeluar bukan Islam. Malah dalam banyak hal ahli fiqh meletakkan beragama Islam sebagai syarat sah dalam sesuatu aktiviti terutamanya berkaitan ibadah. Kalau diperhalusi lagi penekanan yang dibuat oleh Sayyed Sabiq atas faktor akidahlah, maka orang bukan Islam tidak boleh diikat dengan taklif syarak.
Sayyed Sabiq pernah mengemukan isu akidah dan daging import memandangkan rata-ratanya negara Islam banyak bergantung bahan mentah ini dengan negara-negara bukan Islam sudah sekian lama sehingga ke hari ini. Keprihatinan Sabiq dan model pengurusan bank Islam hari ini boleh diaplikasi serta diperluaskan lagi bagi pemilik industri dan pengeluar barangan halal dimiliki oleh rata-rata bukan Islam. Pengeluaran barangan halal mereka mestilah terkawal dan meyakinkan dengan mematuhi keperluan syariah disebabkan begitu banyak ramuan makanan bersumberkan haiwan, bahan tambah dan rantaian proses serta pengendalian, yang perlu diberi perhatian. Tambahan pula teknologi pengeluaran yang begitu kreatif dan pantas.

Persoalannya sekarang, siapakah yang mesti memikul tanggung jawab syarak terhadap syarikat pengeluar barangan halal sedangkan pemiliknya adalah bukan Islam? Dalam hal ini, kebanyakan badan pensijilan halal gagal melihat taklif syarak ini dan sedangkan orang bukan Islam tiada tanggungjawab syarak kerana tidak ada ikatan akidah tauhid. Dalam perbankan Islam, taklif syarak ini diletakkan kepada penasihat syariah, jawatankuasa syariah atau eksekutif syariah yang betanggungjawab tentang perjalanan keewangan, simpanan dan pelaburan supaya tidak bercanggah dengan syarak. Jika dilihat secara perbandingan, syarikat atau idustri pengeluaran barangan halal lebih kritikal memerlukan eksekutif syariah atau eksekutif halal beragama Islam yang terlatih kerana melibatkan kepastian sumber bahan, penggunaan bahan bebas najis, operasi pengeluaran yang suci dan selamat. Bahkan pengeluaran makanan dan barangan halal tidak boleh lari dari perkara-perkara yang kritikal serta berdepan pembekal yang berubah-rubah mengikut tawaran harga, di mana lazimnya pengeluar akan memilih bahan mentah dengan harga yang terendah di pasaran semasa. Situasi kritikal ini tidak berlaku terhadap pengurusan perbankan Islam yang lebih kepada aspek pengurusan dan bukannya operasi pengeluaran. Namun begitu, samada industri halal, perbankan Islam atau apapun produk syariah adalah merupakan hak ekslusif yang datang dari tangan orang Islam sendiri, yang diuruskan mengikut piawaian syariah. Malangnya perkara yang maha penting ini tidak diberikan keutamaan bagi sesetengah pihak akibat melihat pensijilan halal ini hanyalah tidak lebih dari satu set standard, prosedur, akta atau sistem kualiti seperti ISO, GMP, HACCP atau GHP. Keghairahan ini berlaku setelah kita melihat standard, prosedur dan akta nampak tersusun indah. Tetapi sebenarnya kesemua itu masih sifar akidah dan syariah, jika tidak diisi dengan suluhan hidayah. Perspektif ini membayangkan tidak ada bezanya tanggapan terhadap halal pada kaca mata orang bukan Islam dan di kalangan orang Islam sendiri. Sedangkan sebarang pencemaran bahan haram atau syubhah yang berlaku terhadap makanan atau barangan umat Islam akan menjadi racun berbisa tehadap akidah mereka!
Penulisan :
Dr. Lokman Ab. Rahman
Penulisan :
Dr. Lokman Ab. Rahman
Ijazah Sarjana Muda dan Undang-Undang dari Universiti
Kebangsaan maalysia, melanjutkan pelajaran ke peringkat M.A.
(amalaman Pengurusan Islam) UKM, menyempurnakan M.A. di
The University of Birmingham, United Kingdom. Ekonomi Islam
dari S.A. Kamel Center For Islamic Economics, Al-Azhar.
Dakwah dan Bahasa Arab di Universiti Al-azhar Mesir.
Ph.D Halal di Universiti Malaya (UM)
1 comments:
Selamat sejahtera,
Saya Hafiz daripada Sudu Emas Management & Services Sdn. Bhd. Kami ingin menerbitkan majalah yang diberi nama Halal Pavilion. Justeru, kami ingin menggunakan gambar daging mentah yang terdapat di artikel ini. Sehubungan dengan itu, kami berharap agar tuan dapat memberikan alamat email serta alamat surat menyurat tuan kepada kami agar kami dapat memberikan surat permohonan untuk menggunakan gambar dalam laman sesawang tuan. Sebarang syarat atau peraturan dalam penggunaan gambar tersebut diharap dapat dinyatakan dalam maklum balas tuan. Jika pihak tuan tidak memberi maklum balas terhadap komen ini dalam tempoh 14 hari, kami akan menganggap ia sebagai ‘tacit approval’ atau kelulusan tersirat bagi kami untuk terus menggunakan gambar daripada blog tuan tanpa sebarang halangan. Sekian terima kasih. Hafiz Tel: 06-9520479 Fax: 06-9531878 email: halalpavilion.editorial@gmail.com
Catat Ulasan