Islam meletakkan penekanan yang sangat kuat pada
permakanan Halal. Perintah Allah di
dalam Al Quran menyeru agar hambaNya senantiasa mementingkan halal lagi baik
dan melarang memakan makanan yang haram. Sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala di dalam surah al-Baqarah: Ayat 168 yang bermaksud
: “Wahai sekalian manusia, makanlah (makanan) yang halal lagi baik daripada apa
yang terdapat di bumi dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan;
kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata”.
Kepentingan
makanan halal lagi baik bukan hanya untuk kesihatan tubuh badan serta akal
fikiran, bahkan yang lebih penting mempunyai hubungan yang rapat dengan
penerimaan Allah Subhanahu wa Ta‘ala terhadap ibadat seseorang muslim.
Amat-amatilah semula bahawa daging dan darah yang tumbuh dari makanan dan harta
yang haram, api neraka lebih utama baginya. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan
oleh at-Thabrani bahawasanya
Rasulullah Shollallahu ‘alaihi wasallam bersabda “Setiap daging yang tumbuh daripada yang haram,
maka api neraka yang layak baginya”. Oleh kerana itu, wajarlah setiap orang Islam
prihatin terhadap makanan yang disuapnya adalah halal, berkhasiat serta tidak membahayakan
serta seimbang menurut keperluan tubuh badan jasmani dan rohani yang membawa
kepada keberkatan serta menjauhkan kemudhoratan.
Penulisan Oleh:
Muhammad Yasir Bin
Abdullah
Syariah & Law (Hons.) (UIN SUSKA RIAU), Dip.
(Syariah)(KUIS)
Eksekutif Halal: Desatera Sdn Bhd
0 comments:
Catat Ulasan