SALAH GUNA KHIDMAT NASIHAT HALAL

Isnin, 13 Januari 2014


Halal pada dasarnya bersumberkan syariah Islam. Dengan demikian sebarang bentuk konsultasi,  kursus dan khidmat nasihat halal tidak sewajarnya dikomersilkan dengan sewenang-wenangnya oleh mana-mana pihak bertujuan mengaut keuntungan. Perkara ini  berlaku kepada  mana-mana pihak yang tidak terlatih dalam bidang syariah dan pensijilan halal. Permintaan terhadap khidmat perundingan dalam pengurusan halal yang tinggi di kalangan pengusaha industri halal menyebabkan wujudnya ruang bagi pihak ketiga untuk menawarkan perkhidmatan halal kepada pihak industri dengan mengenakan sejumlah bayaran yang tinggi. Pihak ketiga ini ada yang melabelkan mereka sebagai perunding halal dan penasihat syariah sedangkan mereka langsung tidak terlatih dalam bidang syariah dan pensijilan halal, atau sekurang-sekurangnya mempunyai kelulusan dalam pengajian Islam.  Malahan terdapat sesetengah syarikat yang sanggup menghabiskan modal puluhan ribu ringgit  untuk mendapat  khidmat nasihat halal yang boleh membantu dalam proses mendapatkan pensijilan halal tanpa mengira kelayakan dan latarbelakang pihak tersebut. Ironinya keadaan ini sering berlaku kepada syarikat-syarikat bukan bumiputera kerana keterbatasan pengetahuan mengenai soal halal dan haram.
                                                        

Hakikatnya apa yang telah disyaratkan dalam Manual Pensijilan Halal dan standard Halal Malaysia yang dikeluarkan oleh pihak JAKIM adalah mewajibkan pihak pengusaha dan industri halal untuk mewujudkan jawatankuasa halal dan melantik eksekutif halal yang berkelayakan sesuai dengan latarbelakang pendidikan. Ianya merupakan mekanisme dalaman bagi meningkatkan tahap kualiti dan jaminan halal melalui pengurusan halal di peringkat dalaman selaras dengan kehendak syariah  selain daripada audit dan penguatkuasaan yang dijalankan oleh pihak berkuasa seperti JAKIM dan JAIN. Perlantikan pegawai halal/eksekutif halal ini mestilah terdiri daripada mereka yang berkelayakan dan mempunyai latarbelakang pendidikan Islam atau syariah serta mempunyai rekod latihan berkaitan industri halal seperti kursus eksekutif halal. Dalam erti kata yang lain, urusan halal ini perlulah diserahkan kepada yang ahli atau individu yang telah diperakui kelayakannya  bertepatan dengat semangat tuntutan APD yang jelas meyatakan perkataan halal yang merujuk kepada hukum syarak dan undang-undang islam melalui 4 mazhab fiqah yang diiktiraf dalam melaksanakan akta tersebut. Adalah mustahil tuntutan akta ini boleh dipertanggungjawabkan dengan tepat kepada eksekutif halal yang di luar dari bidang tersebut terutamanya kilang yang dimiliki oleh bukan islam. Namun yang demikian, industri tidak peka mengenai keperluan tersebut dan meletakkan perlantikan eksekutif halal sebagai satu syarat yang sekadar perlu ada sahaja tanpa mengira kelayakan dan latar belakang pendidikan yang tepat. Susulan itu, PEHMA secara rambang telah menjalankan soal selidik kepada pihak pengusaha halal dan mendapati kegiatan penawaran khidmat halal telah berleluasa sekian lama. Apa yang dirisaukan ialah penawaran perkhidmatan halal ini dijalankan  oleh individu-individu yang tidak diketahui latarbelakangnya sehigga boleh dipertikaikan. Fenomena ini membimbangkan masyakarat kerana ianya boleh menjejaskan reputasi Negara dalam pembangunan industri halal Negara dan sekaligus menghancurkan integrti syariah dalam pasaran dan penggunaan barangan halal. Sekiranya langkah-langkah pengawalan terhadap kegiatan-kegiatan tersebut tidak dilaksanakan dikhuatiri akhirnya akan mendatangkan kerugian kepada semua pihak termasukl pihak industri  dan Negara.

Dalam persoalan ini, pihak syarikat pengeluar haruslah mencontohi  sektor perbankan Islam yang berjaya mewujudkan Majlis penasihat syariah atau pegawai syariahsebagai mekanisme penentuan halal terhadap produk-produk yang ditawarkan. Perlantikan penasihat syariah atau aksekutif halal mestilah terdiri daripada mereka yang berlatarbelakang pendidikan yang bersesuaian dengan bidang yang diceburi. Mereka yang dilantik terdiri daripada individu yang berkaliber untuk menjawab segala permasalahan-permasalahan yang diutarakan berdasarkan syarak, fatwa semasa dan terlatih dalam industri halal.

Sehubungan itu, satu initiatif telah diambil melalui penubuhan Persatuan Profesion Eksekutif Halal Malaysia (PEHMA). Ianya di asaskan oleh skumpulan eksekutif halal yang terlatih pada 2008. Mereka terdiri dari kalangan tenaga pakar yang berada institusi-institusi Islam, universiti dan juga syarikat-syarikat pengeluar barangan halal di Malaysia. Tujuannya ialah untuk menjadi sebuah badan yang menjaga kebajikan dan mengawal kegiatan profesion ini supaya berada di landasan yang betul dan berintegriti. Sebilangan besar eksekutif halal yang berdaftar dengan PEHMA sememangnya telah mempunyai kelayakan pengajian Islam dari universiti tempatan dan luar negara dan terlatih secara khusus berkaitan pensijilan halal. Sehingga kini  kebanyakan mereka merupakan pegawai halal atau panel syariah yang dilantik oleh pihak industri halal sepenuh masa. Malangnya hari ini yang pihak industri mengambil mudah dalam soal perlantikan eksekutif halal atau panel syariah tanpa mengira kelayakan yang sepatutnya berdasarkan semangat dan keperluan  Akta Halal APD 2011 yang menyebut  secara jelas tentang prinsip syariah, mazhab dan fatwa.  Pengurusan halal dalam industri adalah sebagai profesion yang dianggap mempunyai tahap profesionalisme yang tersendiri dan memikul tanggungjawab yang besar dalam menjaga kepatuhan syarak.  Eksekutif halal atau panasihat syariah ini perlu didaftarkan dibawah satu badan yang khusus sepertimana PEHMA dan disokong oleh satu perundangan berkaitannya. Fungsinya ialah menjadi sebuah badan tunggal yang mengawal segala kegiatan mereka termasuklah mengambil tindakan kepada mana-mana ahli yang melakukan kesalahan. Manakala mereka yang tidak layak adalah juga boleh diambil tindakan dan boleh dianggap suatu penipuan. Pihak PEHMA juga mengharapkan agar pihak kerajaan dapat memberikan perhatian yang serius akan perkara ini. Dengan wujudnya mekanisme ini, sebarang spekulasi atau manipulasi yang wujud seperti keldai halal dan sebagainya dapat diatasi.  Seterusnya mampu untuk memperkasakan profesion ini ke satu tahap yang lebih tinggi sebagai nilai tambah terhadap kualiti dan jaminan halal dalam industri hari ini.

Walaubagaimanapun, pihak kami menggesa kepada mana-mana eksekutif halal atau panel syariah yang telah dilantik oleh pihak pengusaha dan industri adalah sebaiknya untuk membuat pendaftran dengan PEHMA bagi tujuan penyelarasan dan pengawalan. Pihak kami boleh dihubungi dengan melayari laman web http://www.halalexecutive.org.my/ Pihak pengusaha dan industri juga diingiatkan untuk menyelidiki terlebih dahulu latarbelakang dan kelayakan seseorang sebelum membuat sebarang perlantikan eksekutif halal mahupun panel syariah. Begitu juga dalam mendapat khidmat perundingan halal.

Ahmad Faizal Abdul Razak
Setiausaha Agung
Persatuan Profesion Eksekutif Halal Malayisa (PEHMA)

HALAL BERKAT, HARAM MUDHORAT

Khamis, 29 Ogos 2013

Dewasa ini kepentingan kesihatan semakin diambil berat oleh berbagai pihak memandangkan timbulnya pelbagai penyakit kronik yang antaranya boleh membawa pada kematian. Banyak inisiatif yang dibuat bagi menjamin kesihatan fizikal seperti pengambilan makanan secara teratur dan melakukan aktiviti fizikal seperti bersenam dan yang seumpamanya. Selain daripada itu, memakan makanan yang halal serta cara pengambilan makanan yang betul menurut Islam juga merupakan antara faktor yang membawa kepada pembentukan jasmani dan rohani bagi kesihatan tubuh badan.

Islam meletakkan penekanan yang sangat kuat pada permakanan Halal. Perintah Allah di dalam Al Quran menyeru agar hambaNya senantiasa mementingkan halal lagi baik dan melarang memakan makanan yang haram. Sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala di dalam surah al-Baqarah: Ayat 168 yang bermaksud : “Wahai sekalian manusia, makanlah (makanan) yang halal lagi baik daripada apa yang terdapat di bumi dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan; kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata”.


Dalam pemilihan makanan dan minuman, Islam telah menetapkan tiga garis panduan yang sangat penting iaitu: Pertama : Adakah penggunaan bahan makanan adalah makanan yang dilarang oleh Allah. Kedua : Adakah bahan makanan itu diperolehi melalui cara yang Halal atau yang Haram. Ketiga:  Adakah atau tidak bahan makanan itu berbahaya bagi kesihatan jika ia dimakan. Ada beberapa faktor yang menentukan status kehalalan suatu bahan makanan tertentu. Di antaranya bergantung pada sifat semulajadi bahan,  cara ia diproses dan cara ia diperolehi. Sebagai contoh: Setiap produk dari babi akan dianggap sebagai haram kerana bahan itu sendiri adalah haram. Tetapi dari sudut pandangan lain daging lembu dari dan haiwan yang belum disembelih mengikut prinsip syariah akan dianggap haram. Dan tentu saja, bahan makanan yang dicuri atau bahan makanan yang diperolehi melalui cara yang tidak sesuai dengan ajaran Islam, juga akan ditakrifkan sebagai Haram.


 Kepentingan makanan halal lagi baik bukan hanya untuk kesihatan tubuh badan serta akal fikiran, bahkan yang lebih penting mempunyai hubungan yang rapat dengan penerimaan Allah Subhanahu wa Ta‘ala terhadap ibadat seseorang muslim. Amat-amatilah semula bahawa daging dan darah yang tumbuh dari makanan dan harta yang haram, api neraka lebih utama baginya. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh at-Thabrani bahawasanya Rasulullah Shollallahu ‘alaihi wasallam bersabda “Setiap daging yang tumbuh daripada yang haram, maka api neraka yang layak baginya”.  Oleh kerana itu, wajarlah setiap orang Islam prihatin terhadap makanan yang disuapnya adalah halal, berkhasiat serta tidak membahayakan serta seimbang menurut keperluan tubuh badan jasmani dan rohani yang membawa kepada keberkatan serta menjauhkan kemudhoratan.



Penulisan Oleh:
 Muhammad Yasir Bin Abdullah
Syariah & Law (Hons.) (UIN SUSKA RIAU), Dip. (Syariah)(KUIS)
Eksekutif Halal: Desatera Sdn Bhd

HALAL !!! TANGGUNGJAWAP MILIK SIAPA?

Isnin, 7 Januari 2013


Isu halal tiada penghujung, banyak orang memperkatakan tentang halal tanpa dilihat terhadap latarbelakang seseorang hatta yang  bersifat kepada agamawan hingga yang sebalik dari itu. Suatu perkara yang positif apabila dilihat akan perkembangan dan kecenderungan ini kepada masyarakat sekarang kearah berbicara tentang sensetifviti permakanan halal semasa. Kerana masyarakat telah sedar akan permakanan dan pemilikan bahan yang bersumberkan dari yang halal didalam kehidupan mereka. Ini semuanya hak-hak dan tanggawap peribadi manusia sendiri memilih kepada yang lebih selamat dan mempunyai jaminan apabila mencari  halalan toyyiban. Ini bertetapan dengan firman Allah Ta’ala didalam surah  al-Baqarah ayat 168 bagi menyuruh manusia mencari rezeki dan makanan yang halal lagi baik berbunyi :



Tafsirnya: “Wahai manusia! Makanlah sebahagian dari makanan yang ada di bumi ini, yang halal dan baik, dan janganlah kamu turuti jejak langkah syaitan, sesungguhnya syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata.”  (Surah al-Baqarah: 168)

Pada hakikatnya kita perlu lebih sedar dan mengambil berat lagi akan kepekaan terhadap isu halal masa kini. Bukan terhadap permakanan halal semata-mata apabila setelah mendapat persijilan halal tetapi lebih kepada tahap siapa yang menanggung dan mesti memikul tanggung jawap syarak  terhadap syarikat pengeluar barangan halal sedangkan owner dan majoriti karyawan di dalamnya adalah bukan muslim?  

Kita telah mengetahui hakikat ini, tentang siapa yang mengeluarkan dan majoriti memproduksikan produk bahan makanan pada masa kini, sedangkan orang bukan islam tiada tangungjawap syarak terhadap hal demikian. Ini kerana tiada ikatan akidah dan tauhid yang menjadikan titik perbezaan hak taklif yang dipikul. Bahkan seseorang yang bertangung jawab terhadap syarak ini haruslah orang-orang  yang mengetahui tentang hukum hakam halal dan haram yang merangkumi pelbagai aspek fasal-fasal prinsip ilmu agama dan ilmu yang terkait dengannya, namun bukan sewenang-wenangnya kita menjuruskan istilahan taklif syarak ini kepada sesiapa sahaja yang dimahukan dan dipikulkan tanpa melihat akan keahliannya. Seumpama diibaratkan “kita memberi bahan besi logam kepada petani  untuk menghasilkan pedang” namun tentu sahaja besi yang dihasilkan tidak akan membuahkan pedang kerana bukan keahliannya si petani maka ia menjadi suatu yang biasa bukan yang luar biasa bersifat keahlian professionalisme. Begitu juga sangat kritikal di dalam urusan agama melibatkan suatu jatuh halal dan haram, maka pemikul taklif syarak yang diperkatakan ini perlu dan harus memiliki cirri-ciri hal demikian dalam menanggung urusan tersebut.


Jesteru itu, kita boleh membandingkan dalam perbankan Islam, taklif syarak diletakan kepada penasihat syariah, panel syariah, jawatankuasa syariah atau eksekutif syariah yang bertanggjawap tentang perjalan kewangan, simpanan,  dan pelaburan menepati dan  tidak bercanggah dengan syarak. Jika dilihat secara perbandingan, syarikat atau industri pengeluaran barangan halal adalah sangat kritikal yang memerlukan eksekutif halal, pegawai hal ehwal islam, pegawai syariah dan panel halal yang beragama islam yang terlatih kerana melibatkan kepastian sumber bahan ramuan, penggunaan bahan bebas najis, operasi pengeluaran suci dan selamat serta mematuhi kehendak syarak.

Hal ini, harus dipandang serius oleh umat islam masa kini dan sesetengah badan-badan yg berautoriti pengesahan persijilan halal dalam melihat siapa yang bertanggung jawap memikul taklif syarak yang melibatkan urusan penjagaan, pengawasan dan pematuhan piawaiaan halal berdasarkan tulisan standard dan prosedur semata-mata, bahkan perlu kita meletakan nilai roh halal ini sendiri yang memerlukan kepada jasad yang patut di duduki pada tempatnya. Perspektif ini perlu dibezakan, jangan sampai kepada satu tahapan masa, orang bukan Islam dan orang-orang jahil urusan hukum hakam agama menilai tanggungjawap halal adalah milik mereka, tiada jurang yang membezakan mereka dengan orang islam dan orang berkeahlian itu sendiri bahkan itulah yang dilihat realitinya sedang berlaku dan mula bercambah bagaikan cendawan apabila setengah pihak yang mengklaim diri mereka orang yang mengurus dan mengendalikan urusan halal kerana mereka melihat halal itu suatu yang mendatangkan keuntungan peribadi dan kepentingan yang wujud di dalam agenda industri bayangan mereka. hakikat setiap urusan akan dipertanggungjawapkan pengadilan Allah Ta'ala . wallahu 'alam bissowab . 


Muhammad Yasir Bin Abdullah 
Syariah & Law (Hons.) (UIN SUSKA RIAU), Dip. (Syariah)(KUIS)
Halal Executive & Members Of PEHMA

ISTILAH -ISTILAH MODEN BAGI ARAK




Dalil Al-Quran Pengharaman Arak di dalam Firman Allah SWT surah al-Maidah ayat 90-91 : 
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, judi,pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu, hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. Sesungguhnya syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)?” 


Dalil Sunnah pula ialah sabda Rasulullah S.A.W sebagaimana yang telah diriwayatkan oleh Abu Hurairah :-
كل مسكر خمر و كل خمر حرم
"Setiap yang memabukkan itu adalah arak dan setiap arak itu adalah haram." 
(Hadis sahih riwayat Ahmad dan Abu Daud)




Antara ISTILAH-ISTILAH  MODEN bagi alcoholic beverages & bahan ramuan makanan mengandungi alkohol dalam ketegori ARAK : 

1. Wine - Hasil fermentasi/pemeraman/penapaian buah-buahan khususnya anggur
2. Beer/Ale - Hasil fermentasi gandum atau barley
3. Wiski - Hasil fermentasi bijian/gandum/jagung/barli
4. Brandy - Sejenis ark yg dihasilkan hasil penyulingan wine
5. Cocktail - Minuman campuran yang salah satu bahannya mestilah mengandungi minuman beralkohol (istilah international).
6. Cider - Hasil fermentasi epal
7. Rum - Hasil fermentasi tebu
8. Tuak - Hasil fermentasi beras atau air kelapa (mengikut kawasan/daerah)
8. Mojito - Cocktail yg dihasilkan daripada campuran rum, gula, pudina, lime dan sparkling water.
10. Spirits - Istilah umum bagi arak/ minuman beralkohol
11. Liquor - Istilah umum bagi arak / minuman beralkohol
12. Pinacolada - Sejenis cocktail berasaskan  jus nenas yang mengandungi rum.
13. Gin - Sejenis arak daripada buah 'juniper berries'
14. Bitters -Minuman beralkohol dengan mempunyai rasa pahit (bitter) drpd herba-herba.
15. Nasih , Baa atau b'a, Nasih , Kinomol , Lihing ,Bahar - merupakan nama lain bagi arak beras atau tuak dalam bahasa Kadazan.
16. Tequila - Minuman beralkohol yg dihasilkan daripada 'blue agave plant'
17. Margarita - Sejenis cocktail yang mengandungi tequila dengan campuran orange-flavoured liqueur dan lime atau lemon juice, sellunya dihidangkan dengan garam pada 'glass rim'.
18.Champagne - Adalah Sparkling winehasil fermentasi wine pada tahap kedua 
19. Sake - Hasil fermentasi beras.
20. Mirin - Sejenis rice wine yang digunakan dalam masakan.(teriyaki sos mengandungi mirin)
21. Todi - Arak hasil daripada air kelapa (palm wine)
22. Scotch - Sejenis wisky dihasilkan di Scotland
23. Amaretto - Arak Itali berperisa Kacang Badam
24. Calvados - Apple brandy
25. Chambord - Black raspberry liqueur
26. Claret -Light red wine or Bordeaux.
27. Cognac- Aged, double-distilled wine or fermented fruit juice. Cognac is considered the finest brandy.
28. Cointreau - French, orange-flavored liqueur.
29. Curacao - Liqueur made from bitter Seville oranges.
30. Creme de menthe -Thick and syrupy, sweetened mint liqueur. Comes both clear and green.
31. Framboise - French raspberry liqueur.
32. Frangelico - Italian hazelnut liqueur.
33. Galliano - Golden Italian anise liqueur.
34. Grand Marnier - French liqueur, orange-flavored.
35. Grappa - Italian grape brandy.
36. Grenadine - Pomegranate syrup, sometimes alcoholic.
37. Hard Cider - Fermented, alcoholic cider.
38. Kahlua - Syrupy Mexican liqueur made with coffee and cocoa beans.
39. Kirsch (Kirchwasser) - Colorless liqueur made of cherries.
40. Red Burgundy - Dry French wine.
41. Schnapps - Flavored, colorless liquor.
42. Sherry - Fortified dessert wine, sweet or dry, some with a slightly nutty flavor.
43. Southern Comfort - Bourbon mixed with peach liqueur.
44. Triple Sec - Orang-flavored liqueur.
45. Vermouth - Wine-based drink infused with herbs, sweet or dry.
46. White Burgundy - Dry French wine.

KURSUS PENGURUSAN DAN OPERASI HALAL (KAPSUL)

Ahad, 16 Disember 2012



KONGRES EKSEKUTIF HALAL MALAYSIA 2012 (KEHMA 2012)

Jumaat, 2 November 2012

KONGRES EKSEKUTIF HALAL MALAYSIA 2012 (KEHMA 2012)
16 OKTOBER 2012
PUSAT PERDAGANGAN ANTARABANGSA MELAKA

Kongres Eksekutif Halal Malaysia buat kali pertama di adakan telah berjaya dilangsungkan dengan jayanya. KEHMA 2012 telah  dihadiri oleh tetamu kehormat iaitu YBhg. Tuan Hj. Nordin b. Ahmad mewakili Ketua Pengarah JAKIM, Y.B. Datuk Yaakob bin Md Amin, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Melaka, Y.Bhg. Datuk Mat Zin b. Mansor, Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka, YBhg. Dr. Lokman b. Ab. Rahman, Presiden Persatuan Profesioan Eksekutif Halal Malaysia (PEHMA) dan YBhg. Tuan Hj. Zamrud b. Mansur, Pengarah Eksekutif Pusat Pembangunan Kemahiran Perindustrian Melaka.



KEHMA 2012 telah disertai lebih daripada 200 orang peserta yang terdiri daripada pegawai-pegawai kerajaan daripada JAIN dan Jabatan Mufti di seluruh Malaysia, Eksekutif Halal dan ahli akademik termasuk para pensyarah serta  para pelajar IPTA dan IPTS.

 
Tegas Ybhg Dr. Nordin b. Ibrahim dalam ucapannya, eksekutif halal perlu diperkasakan peranannya kerana mereka merupakan pendokong kea rah integriti perlaksanaan halal bagi sesebuah syarikat. Selain itu, peluang untuk berkhidmat sebagai eksekutif halal bukan sahaja tertumpu di dalam Negara, tetapi peluang ini terbuka di 60 buah badan pensijilan halal luar Negara yang sememangnya memerlukan khidmat eksekutif halal. Justeru, ini akan tergalas di bahu PEHMA untuk mempersiapkan ahlinya bagi memenuhi permintaan tersebut.

Pengarah JAIM, Datuk Mat Zin b. Mansor juga menegaskan dalam ucapan perasmiannya bahawa hubungan yang terjalin antara JAIM dan PEHMA telah banyak memudahkan proses pengurusan pensijilan halal di Melaka. Tenaga kerja yang kompeten untuk menjawat jawatan sebagai eksekutif halal adalah amat penting dan perlu diperluaskan tetapi dengan kawalan  oleh satu badan yang bertanggungjawab seperti PEHMA.


 
 
6 Kertas kerja yang telah dibentangkan sepanjang KEHMA 2012 yang merangkumi tajuk seperti berikut:
1-      1- Dasar Syariah dan Isu-Isu Fatwa Semasa berkaitan produk halal (JAKIM)
2-      2-  Taklif Syariah di kalangan Pengusaha dan Industri : Peranan dan Tanggungjawab Eksekutif Halal. (JAKIM)
3-     3-  Kes-kes pemantauan dan isu-isu halal (KPDNKK)
4-     4-  Analisis dan Persampelan produk halal (IPPH)
5-      5-  Pengurusan Jaminan Halal : Satu Keperluan Kritikal Dalam Industri) (PEHMA)
6-      6-  Peluang dan Potensi Bidang Pengajian Syariah (Halal) (UNIKIST)

Kesemua pembentangan telah Berjaya menarik perhatian peserta dengan penjelasan isu-isu semasa  dan penekanan  mengenai konsep syariah dan tanggungjawab eksekutif halal.
9 resolusi yang telah dicapai yang dibacakan oleh Sdr Ahmad Faizal Abdul Razak, Setiausaha Agung PEHMA adalah seperti berikut:

 
1.       Dasar industri halal Negara hendaklah diasas berdasarkan prinsip-prinsip syariah sepenuhnya tanpa melihat kepada keuntungan ekonomi semata-mata dan hendaklah menggunapakai keseluruhan fatwa-fatwa yang telah diputuskan.
2.       Sebarang pertikaian yang timbul berhubung isu-isu halal hendaklah merujuk kepada institusi-institusi fatwa yang berautoriti di Malaysia sebagai keputusan muktamad.
3.       JAKIM, JAIN dan MAIN hendaklah mewajibkan perlantikan eksekutif halal yang terlatih dan mempunyai latar belakang Pengajian Islam yang diiktiraf bagi mana-mana syarikat yang memegang pensijilan halal.
4.       Bagi industri kecil dan sederhana (IKS) hendaklah melantik penasihat atau panel syariah bagi menyelia perlaksanaan pematuhan halal.
5.       JAKIM melalui PEHMA hendaklah memberi perakuan kepada mana-mana graduan Pengajian Islam yang terlatih, pegawai JAKIM, JAIN dan MAIN yang berpengalaman dalam bidang pensijilan halal dan mana-mana individu yang berlatarbelakangkan Pengajian Islam di dalam industri sekurang-kurang 2 tahun setelah  melalui program yang diiktiraf.
6.       JAKIM hendaklah menubuhkan jawatankuasa pemandu bagi mengawal dan menyelia mana-mana institusi dan university yang melatih dalam bidang kemahiran pensijilan halal.
7.       Pihak industri hendaklah memastikan system jaminan halal dilaksana seperti yang digariskan dalam Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia.
8.      Syarikat-syarikat berstatus multinasional hendaklah menubuhkan jabatan syariah/halal yang mempunyai eksekutif halal, pengerusi syariah dan jawatankuasa halal dalaman sepertimana yang dilaksanakan oleh institusi-institusi kewangan Islam.
9.       Perlaksanaan pensijilan halal hendaklah mengutamakan prinsip-prinsip syariah selagimana tidak bercanggah dengan peraturan-peraturan asas oleh pihak berkuasa.



KEHMA 2012 turut diserikan lagi dengan majlis penyampaian sijil kepada peserta yang telah menamatkan kursus eksekutif halal selama 7 bulan. Majlis graduasi ini merupakan kali ke-3 semenjak ianya ditawarkan dari 2003 oleh Pusat Pembangunan Kemahiran Perindustrian Melaka (MISDEC) dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).


 

Minda Eksekutif Halal Copyright © 2011-2012 | Powered by Blogger