INSTRUMEN FIQH SADDUDZ–DZARI'AH DALAM PERSIJILAN HALAL MALAYSIA


Terdapat teori Usul fiqh - سَدُّ الذَّرِيعَةِ (Saddudz-Dzari’ah) merupakan kaedah dan metod para ulama’ dalam menetapkan fatwa dan hukum yang berasal dari ungkapan kata ‘Saddun’ yang bermaksud menutup atau sekatan, dan manakala kata Dzari’ah pula adalah jalan, maka apabila dihimpunkan dari kedua kata ini dikatakan Saddudz Dzari’ah ia membawa erti Penutupan jalan-jalan atau pintu-pintu (keburukan).

Kaedah ini merujuk kepada perlunya menutup pintu-pintu yang boleh membawa kemudharatan. Sebagai contoh, sekiranya orang bukan Islam dibenarkan untuk dilantik sebagai peguam syarie, ia memberi ruang kepada orang bukan Islam untuk menguruskan hal ehwal orang Islam terutama sekali isu-isu syarak. Keadaan ini boleh menimbulkan kecelaruan di kalangan umat Islam. Dengan prinsip ini , maka adalah lebih baik dicegah terlebih dahulu daripada terjadinya suatu yang terlarang. Antara dasar kaedah ini diambil melalui Hadith Nabi Sallahu ‘alaihi wasallam dalam riwayat mennyatakan, “Naha Rasulullah ‘anil kholwah bil ajnabiyyah”. Ertinya: Rasulullah Saw melarang  bersunyi-sunyian antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram” .
Pada dasarnya, lelaki dan perempuan bertemu, berbincang-bincng yang berkaitan mu'amalah, tidak dilarang. Tetapi dikhawatiri nanti akan terjadi hal-hal yang melanggar ketentuan agama, maka lebih baik perbuatan (berdua-duaan lelaki-perempuan yang bukan mahram) ini dicegah terlebih dahulu. kerana dalam riwayat lain, disebutkan pula, kalau berdua-duaan lelaki-perempuan yang bukan mahram, maka yang ketiganya adalah syaitan.

Dalam isu berkaitan halal diklasfikasikan tiada penghujung. Seringkali berlaku beberapa kekeliruan pengguna muslim dalam membuat pilihan barangan produk makanan, minuman, kosmetik dan barangan harian lain atas faktor nama atau jenama. Hal ini disumberkan antaranya daya tarikan pengeluar kepada pengguna dalam suatu urusan muamalah. Islam melarang berlakunya unsuran penipuan dan kecelaruan didalam urusan mu’amalah antaranya berkaitan pembelian atau urusniaga.

Persijilan Halal Malaysia mempunyai standard halal tersendiri dalam membuat patukan bagi pengusaha dan penguna dalam mendapatkan sijil dan logo halal Malaysia. Antaranya yaitu dengan mengunakan Malaysian Standard dan Manual Prosedur Persijilan Halal Malaysia 2011 (Semakan Kedua). Terdapat di Malaysian Standard - MS 1500 : 2009 , point klosa 3.7.4 menyatakan bahawa :

Makanan halal dan bahan perasa tiruan halal, hendaklah tidak menggunakan nama atau nama yang sinonim dengan istilah yang mengelirukan atau merujuk kepada makanan tidak halal seperti ham, bak kut teh, bacon , bir rum dan sebagainya.

         Kemudian ditambahkan lagi hal yang sama dalam Manual Prosedur Persijilan Halal Malaysia 2011 (semakan Kedua) yaitu klosa no.6 : Keperluan–keperluan lain bagi semua kategori (proses) yaitu:

Produk halal hendaklah tidak menggunakan nama atau nama yang sinonim dengan istilah yang mengelirukan atau merujuk kepada makanan tidak halal seperti  ham, bak kut teh, bacon,  bir , rum, hotdog, siew mai dan sebagainya;


         Tujuan dan matlamat sumber rujukan halal adalah bagi menjaga kepentingan umat Islam dan penguna amnya dalam berlaku kekeliruan didalam urusan mu’amalah barangan produk serta pemahaman istilah yang berunsur kepada benda tidak halal dan syubhah. Sebagai contoh, dari segi bahasa ‘hotdog’ secara mudahnya bermaksud anjing panas yang pada asalnya makanan berasaskan daging yang tidak halal, Perkataan ‘ham’ bermaksud daging di bahagian peha babi, manakala ‘bacon’ adalah daging babi yang diperap dengan garam dan ‘beer/ ale yang merujuk kepda arak hasil fermentasi gandum atau barley. Manakala perkataan ‘bak kut teeh’ juga merujuk kepada daging babi dalam makanan tradisi masyarakat China dan perkataan ‘wine’ adalah nama yang berpengaruh kuat kepada kearah khamar, produk yang diharamkan oleh Islam, bermaksud hasil fermentasi/pemeraman/penapaian buah-buahan khususnya anggur walaupun perkataan sahaja yang merujuk kepada benda haram tetapi kandungannya ternyata halal, namun dikhuatiri akan membuat umat menjadi dekat, akrab lalu terbiasa dengan ungkapan dan menjadi perbuatan yang dilarang Islam.

 Jesteru bagi mengelakan timbulnya kekeliruan bagi umat Islam dan penguna amnya dari suatu benda yang syubhah dan haram, maka Standard Malaysia dan manual prosedur persijilan Halal menjadi satu sandaran bagi pengusaha dalam mematuhi piawaian halal. Standard dan manual yang diterapkan ini melalui prinsip Saddudz-Dzari’ah diperlukan dalam menghasilkan klosa dan rujukan halal. Wallahu ‘alam.


Penulisan :
  Muhammad Yasir Bin Abdullah 
   Halal Executive (Afamosa Resort -Melaka)
   Member of  Profesyen Executive Halal Malaysia (PEHMA)

1 comments:

Naz genetik berkata...

good entry, simple and muda faham =)

Catat Ulasan

 

Minda Eksekutif Halal Copyright © 2011-2012 | Powered by Blogger