Hukum Menggunakan Bangunan Bekas Pasar Babi

Soalan :

Dengan penuh hormat dan takzim sukacita kaola menghadapkan surat ini kepada Pehin adalah untuk memohonkan sebarang nasihat dan fatwa berhubung dengan cadangan Lembaga Bandaran untuk menggunakan bangunan bekas pasar babi, Jalan Teraja, sebagai site office/stor bagi menggantikan site office/stor sementara Jabatan ini yang terletak berdekatan dengan padang Maktab SOAS.

Sebelum kerja-kerja mengubahsuai dan menyertu bangunan tersebut, maka nasihat Pehin yang segera ke arah ini adalah sangat-sangat dihargai.


Jawapan:

الحمد الله الفتاح الوهاب الهادى إلى الحق والصواب، والصلاة والسلام على رسوله خاتم الأنبياء والرسل، وآله وصحبه أجمعين

Adalah harus menggunakan bekas bangunan pasar babi bagi tujuan seperti pejabat atau stor atau seumpamanya. Akan tetapi sebelum digunakan bekas pasar berkenaan,wajiblah dihilangkan najisnya terlebih dahulu.


Najis-najis babi atau yang berasal daripada keturunannya digolongkan atau dikategorikan dalam kumpulan najis mughallazhah. Meliputi najis babi itu ialah seperti air liumya, peluh, mani, air susu, air kencing, darah dan sebagainya. Termasuk najis mughallahzah juga ialah anjing.

Adapun semua najis sarna ada mughallazhah, mutawassithah atau mukhaffafah boleh dibahagikan kepada dua macam.

Pertama: Najis 'ainiyyah iaitu najis yang boleh dicapai dengan pancaindera, sarna ada sifatnya, rasanya, warnanya atau baunya.

Kedua: Najis hukmiyyah iaitu najis yang tidak dapat dicapai dengan pancaindera sarna ada bendanya mahupun sifatnya seperti air kencing yang sudah kering yang tidak dapat dilihat warnanya, tidak dapat dirasa dan tidak dapat dicium baunya.

Setiap yang kena najis mughallazhah tidak dapat disucikan melainkan dengan dibasuh tujuh kali dan salah satu basuhannya itu mestilah dengan air yang bercarnpur tanah yang suci, yang dapat dipakai untuk bersuci, sarna ada najis mughallazhah itu najis 'ainiyyah mahupun hukmiyyah, sekalipun pada bekas gigitan anjing perburuan. Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:


طهور إناء أحدكم إذا ولغ فيه الكلب أن يغسله سبع مرات أولاهن بالتراب

Maksudnya: "Hanya akan bersih bekas air seorang daripada kamu apabila ia dijilat oleh anjing,ialah dengan membasuhnya tujuh kali, salah satunya dengan tanah. "(Hadis riwayat Muslim daripada Abu Hurairah).

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud berbunyi:
السابعة بالتراب

Maksudnya: "Ketujuhnya ialah dengan tanah. "(Hadis riwayat Abu Daud).

Mengikut zahir hadis pertarna, basuhan dengan air yang bercarnpur tanah dilakukan pada basuhan pertarna, rnanakala hadis kedua rnenyebutkan pada basuhan yang ketujuh. Akan tetapi para ularna fiqh rnenyebutkan bahawa basuhan yang dicampur dengan tanah itu tidak ditentukan pada basuhan yang ke berapa. Bahkan rnemadailah sama ada pada basuhan pertama, pada basuhan yang terakhir atau pada salah satu basuhan, sebagaimana dalarn riwayat lain oleh Daruqutni yang berbunyi:

إحداهن بالبطخاء


Maksudnya: "Salah satunya dengan tanah. " (Hadis riwayat Al-Daraquthni).

Mengikut zahir hadis ini, yang dibasuh tujuh kali itu ialah jilatan anjing, tetapi para ularna fiqh rnengkiaskan babi kepada anjing, di mana air kencing babi, peluhnya dan sebagainya dikiaskan kepada air liur yang terdapat pada bekas jilatan anjing.

Adapun kadar tanah yang wajib dicampurkan kepada air itu ialah sekira-kira dapat rnengeruhkan air dan dengan perantaraan air itu ia boleh sarnpai ke sernua bahagian yang bernajis itu, sama ada ia telah dicarnpur terlebih dahulu dengan air itu sebelum rnenuangkannya ke ternpat yang bernajis ataupun menuangkan air atau tanah terlebih dahulu ke ternpat yang bernajis, dengan syarat tempat yang kena najis itu basah.

Cara yang paling baik ialah mencampurkan keduanya terlebih dahulu kemudian baru menuangkannya ke tempat yang bernajis. (AI-Tuhfah h. 313).

Diketahui daripada apa yang diterangkan di atas bahawa air yang sedia keruh yang bercampur dengan tanah, tidaklah memerlukan lagi tanah yang lain.

Tidak memadai tanah diganti dengan yang lainnya seperti sabun, tanah yang kena najis, yang sudah dipakai untuk tayamum, dan tidak juga memadai dengan tanah yang bercampur dengan benda cair yang lain daripada air, tetapi memadai dengan lumpur yang basah kerana lumpur terjumlah daripada tanah.

Basuhan untuk menghilangkan benda najis, sekalipun basuhan itu banyak kali, tetapi jika benda najisnya belum hilang melainkan dengan enam kali basuh umpamanya, maka dihitung ia sebagai baru sekali basuh. Oleh yang demikian hendaklah ditambah lagi enam kali dan salah satu daripadanya dengan air yang bercampur dengan tanah.

Kesimpulannya, adalah harus menggunakan bekas bangunan pasar babi itu untuk dijadikan pejabat, stor atau sebagainya setelah dibersihkan terlebih dahulu sebagaimana cara yang ditunjukkan di atas iaitu tujuh kali basuhan, salah satu basuhan itu dengan air yang bercampur tanah.

Untuk memastikan kerja-kerj a pembasuhan atau pembersihan itu menurut yang dikehendaki oleh syara', mintalah bantuan daripada guru-guru agama atau sesiapa yang dapat menunjukkan cara kerana ada kemungkinan bukan bekas bangunan pasar babi itu sahaja yang hendak dibersihkan, bahkan kemungkinan keliling atau ada tempat-tempat yang berhampiran dengannya memerlukan pembersihan seperti parit dan kawasan-kawasannya yang berkaitan.


Country Of Origin : Brunei darussalam
Fatawa Issuing Body : Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri, Negara Brunei Darussalam.
Author/Scholar : Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, Mufti Kerajaa
Date Of Issue : 1998 

0 comments:

Catat Ulasan

 

Minda Eksekutif Halal Copyright © 2011-2012 | Powered by Blogger